LZNK DAN SYARIKAT KORPORAT TURUN PADANG


6lznk
KUALA SANGLANG 6 Februari - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bersama beberapa syarikat korporat mengadakan Program Ziarah Asnaf Bulanan di Kampung Kuala Sanglang di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, ini merupakan kali pertama lawatan berkenaan turut disertai oleh beberapa wakil syarikat dan agensi kerajaan.
"Antara syarikat yang hadir adalah Syarikat Ayam Bismi, Persatuan Kontraktor Melayu Kedah, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan kontraktor THB Berhad.
"Penglibatan syarikat ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri golongan asnaf yang kita bantu melalui bayaran zakat mereka.
"Saya harap untuk program akan datang, lebih ramai agensi pembayar zakat yang dapat turut serta bersama LZNK," katanya ketika ditemui selepas Program Ziarah Asnaf Bulanan di Masjid Kuala Sanglang,semalam.
Menurut Syeikh Zakaria, LZNK juga mengucapkan tahniah kepada pembantu amil Masjid Kuala Sanglang yang berjaya mendapatkan golongan asnaf untuk dibantu.
Oleh : Roshila Murni Rosli
Sumber : Sinar