GIMNASIUM RAKYAT DIBINA DI JERLUN


10gim
SANGLANG 10 Februari - Sebuah gimnasium rakyat satu tingkat bakal dibangunkan di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun di sini, dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berkata, pembinaan gimnasium itu mengambil masa kira-kira dua bulan dengan peruntukan daripada pejabat ahli parlimen sebanyak RM60,000.
"Projek ini adalah kerjasama kita dengan Jabatan Belia dan Sukan negeri Kedah dan ia adalah sebahagian usaha untuk melengkapkan kompleks sukan ini," katanya pada media selepas menyempurnakan acara pecah tanah gimnasium rakyat, pada Karnival Jerlun For Jerlun di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun di sini,hari ini.
Menurutnya, selain gimnasium, pembinaan padang bola sepak dan astaka baharu juga akan dimulakan pada Mac depan.
Oleh : Roshila Murni Rosli
Sumber : Sinar