KERAJAAN AKAN MASUK CAMPUR TANGAN


8kerajaan
PENDANG 8 Januari - Kerajaan negeri akan campur tangan sekiranya isu lalat dan bau busuk di Sekolah Kebangsaan Model Khas, Bukit Jenun tidak ditangani pihak sepatutnya dalam masa terdekat.
Exco Pendidikan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, pihaknya memberi masa kurang semingga untuk pihak berwajib menyelesaikan masalah ini.
"Masalah ini mula membelenggu pelajar dan guru termasuk kakitangan sekolah itu sejak Jun tahun lalu," katanya.
Katanya, amaran keras ini adalah bertepatan berikutan beberapa aduan yang diajukan kepada mereka yang bertanggungjawab tidak diendahkan.
Dalam masa sama, Tajul memuji tindakan pengetua sekolah berkenaan yang telah mengemukakan aduan lebih awal iaitu sehari sebelum sesj persekolahan bermula.
"Kita sangat bimbang kerana terlalu banyak sangat lalat akan menyebabkan keracunan makanan khususnya makanan yang disediakan oleh kantin sekolah.
"Jadi untuk mengelakkan perkara yang tak sepatutnya berlaku khususnya berkaitan dengan kesihatan pelajar, saya sangat berharaplah jabatan yang berkaitan khasnya jabatan alam sekitar untuk mengambil tindakan yang lebih efektif supaya pihak pengusaha ladang ayam ni dapat mengambil tindakan yang boleh mengurangkan begitu banyak lalat di kawasan sekolah," katanya.
Tambah Tajul, sekiranya masalah ini masih berlanjutan pihaknya tidak teragak-agak untuk bersemuka dengan pengusaha ladang ternakan ayam dan pemilik ladang kelapa sawit berkenaan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 987 pelajar Sekolah Kebangsaan Model Khas, Bukit Jenun tertekan dengan masalah lalat dan bau busuk di persekitaran mereka.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar