HARGA TIKET KEKAL


2harga
KUALA KEDAH 2 Januari - Harga tambang feri Kuala Kedah ke Langkawi yang naik sebanyak RM3 berkuatkuasa 1 Januari 2018 sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan orang awam kembali normal hari ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati harga tiket dewasa kembali kepada RM23 berbanding RM26,manakala untuk tiket kanak-kanak dijual RM20 semalam turun semula seperti harga asal kepada RM17.
Bagaimanapun,diskaun harga tiket warga emas didapati telah dimansuhkan apabila penumpang hanya menikmati keistimewaan itu sehingga 31 Disember lepas.
Harga tiket warga emas yang dahulunya dijual pada harga RM14 sahaja, kini dijual pada harga RM 23 seperti tiket dewasa.
Oleh : Nurul Hidayah Hamid
Sumber : Sinar