MANGSA BANJIR DI KEDAH MENURUN


6mangsa
ALOR SETAR 6 November - Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat pukul 4 petang ini menurun kepada 2,616 orang berbanding 2,790 yang direkodkan tengah hari tadi.
Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt. Kol. (PA) Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada 686 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang.
Di Kuala Muda, 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Tengah Padang Temusu yang menempatkan 70 orang, Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19), Dewan Kampung Lebai Ali (171), Dewan Taman Bedong Jaya (72), Surau Taman Malinja (50) dan Dewan Kampung Segantang Garam (38).
Selain itu, Surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), Surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan Surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.
Sementara itu, di Kulim pula, sembilan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih yang menempatkan 46 mangsa, Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid Selarong Panjang (28), Surau Kampung Baru Jemerli (20), SK Merbau Pulas (88) dan SK Selama seramai 30 mangsa.
Sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan iaitu di Surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, dan di Baling di Masjid Kuala Bakong (114), dengan di Pendang di Dewan Seminar seramai 72 orang.
Dalam pada itu, 19 pusat pemindahan ditutup selepas mangsa banjir dibenarkan pulang berikutan air banjir mulai surut dan keadaan cuaca cerah.
Sumber : Utusan