BAYARAN KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM


12bayaran
ALOR SETAR 12 November - Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk bayaran khas RM2,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bayaran khas yang dibuat dua kali iaitu pada akhir tahun ini dan menjelang Aidilfitri 2018 sebagai menghargai usaha dan tugas penjawat awam.
“Demi menghargai usaha dan tugas yang selama ini dipikul di bahu mereka (penjawat awam), suka saya mengumumkan pemberian khas RM2,000 kepada kakitangan awam negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM14 juta.
“Pembayaran ini dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada Disember 2017 untuk membantu kelengkapan persekolahan anak-anak kakitangan awam. Bayaran kali kedua sebanyak RM1,000 sebelum menjelang Aidilfitri 2018 bangi membantu persiapann sambutan hari raya,” katanya ketika membentangan Bajet 2018 di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Bashah turut mengumumkan penggunaan domestik 20 meter kiub ke bawah diberikan secara percuma mulai Januari 2018 dengan bayaran bil ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
“Pemberian ini memberi manfaat kepada 221,000 akaun pengguna dengan kos tanggungan kerajaan negeri untuk dibayar kepada SADA (Syarikat Air Darul Aman) secara purata berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun,” ujarnya.
Oleh : Siti Nurazlina Jamaludin
Sumber : Utusan