MOHON KERJASAMA KERAJAAN NEGERI



23mohon
PADANG TERAP 23 Mei - Kementerian Pendidikan meminta kerjasama kerajaan negeri memantau masalah keciciran dalam kalangan pelajar di negeri masing-masing.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, intervensi daripada kerajaan negeri yang bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan negeri diyakini mampu memastikan masalah keciciran itu dapat diatasi segera.
“Dalam mesyuarat bersama menteri-menteri besar pagi tadi kementerian meminta kerajaan negeri bersama Jabatan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melihat masalah ini (keciciran).
“Tengok apa masalah seperti di kawasan bandar mereka (pelajar) yang ponteng sekolah ini gemar merayau di kawasan supermarket. Di luar bandar pula mereka tidak dapat pergi sekolah kerana masalah jalan kerosakan dan sebagainya.
“Daripada mesyuarat itu kerajaan negeri akan bekerjasama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Padang Terap di sini hari ini.
Katanya, walaupun masalah keciciran masih terkawal termasuk di negeri ini namun kementerian memandang serius perkara tersebut.
Oleh : Jamliah Abdullah
Sumber : Utusan