ELAK DITIPU PENGEMIS SEPANJANG RAMADAN



30elak
BALING 30 Mei - Masyarakat diingatkan agar menderma di masjid, rumah ibadat atau pusat jagaan berdaftar bagi mengelak ditipu aktiviti mengemis diuruskan sindiket.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, aktiviti mengemis dalam bulan Ramadan bagai tidak mampu dibendung dan gejala tersebut semakin membimbangkan.
Menurutnya, masyarakat perlu lebih berhati-hati apabila menderma kerana pengemis tumbuh bagai cendawan selepas hujan setiap kali Ramadan.
"Kebanyakan pengemis dipercayai diuruskan oleh sindiket. Bila kita derma kepada mereka, seolah-olah menggalakkan lagi dan memberi motivasi aktiviti mengemis. Bila tak layan, lama-kelamaan sindiket ini akan hilang begitu saja," katanya.
Terdahulu, JKM daerah Baling melancarkan kempen Bijak Membantu Elak Tertipu di Rumah Amal Baling ketika penyampaian Skim Insentif Kelahiran Anak, baru-baru ini.
Pelancaran kempen tersebut disempurnakan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain merangkap Timbalan Speaker Negeri Kedah.
Beliau berkata, JKM Baling akan melancarkan operasi bersepadu menyelamat pengemis bersama agensi berkaitan.
“Pengemis warga asing akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.
"Pengemis tempatan pula akan tdiahan untuk soal siasat dan berikan bantuan jika memerlukan,” katanya.
Sumber : Sinar