TUNGGANG KUDA UNTUK KUTIP DANA



30tunggang
PENDANG 30 Mac - Seramai 10 orang sukarelawan peminat kuda, menunggang haiwan berkenaan bagi mengutip dana untuk pembangunan Tahfiz Zainiyyah Quranic Centre, Kampung Pelet Pulau Pinang.
Menurut Pengarah projek Abdullah Ummair Mahamad Shukor, mereka menunggang kuda berkenaan sejauh 100 kilometer bermula dari Penanti, Pulau Pinang hingga ke Pendang.
"Perjalanan yang mengambil masa dua hari ini telah berhenti rehat di beberapa lokasi pilihan.
"Rehat adalah penting bagi menjaga tahap ketahanan fizikal seseorang penunggang dan juga membolehkan kuda berkenaan berehat," katanya.
Tambah Abdullah, program ini juga mempunyai tujuan sampingan iaitu untuk mendedahkan kepada masyarakat akan sunnah Rasul yang suka berkuda.
"Kita seharusnya menghidupkan sunnah Rasul agar kita sentiasa berada dalam syafaat baginda," ujarnya.
Katanya, jumlah kutipan dana berkenaan masih belum dikira namun kesemua wang berkenaan akan diberikan sepenuhnya kepada pembangunan tahfiz berkenaan.
"Kita amat berharap dengan apa yang kita lakukan ini mendapat kebaikan daripada ALLAH," ujarnya.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar