SIAP SEDIA HADAPI KEPELBAGAIAN KES



10siap
PENDANG 10 April - Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah ini sentiasa menjalankan latihan kepada para anggotanya bagi memastikan kesemua anggota memiliki ilmu serta kebolehan mengendalikan kepelbagaian kes yang berlaku saban hari.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Norlizawati Ismail berkata latihan kali ini melibatkan pengendalian peralatan operasi iaitu penggunaan gergaji berantai dan pemotong hidraulik (hydraulic cutter).
"Penggunaan peralatan ini sangat diperlukan dalam sesetengah situasi kecemasan.
"Setiap anggota diberi latihan ilmu dan kemahiran cara pengendalian peralatan tersebut serta diberi peluang untuk cuba menggunakannya," katanya.
Katanya, kecekapan anggota dalam mengendalikan sebarang peralatan sangat penting bagi memastikan mereka dapat menangani sebarang kes dengan pantas dan tangkas.
Seramai 50 orang anggota APM Daerah Pendang telah menghadiri sesi Latihan Mingguan yang diadakan di Mini Stadium Pendang semalam.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar