KEPUTUSAN LEBIH BAIK - MAHDZIR



16keputusan
ALOR SETAR 16 Mac - Penurunan jumlah calon yang memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 bukan sesuatu yang harus dibimbangkan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebalik­nya beliau amat berpuas hati dengan keputusan kali ini terutama selepas melihat pencapaian gred purata nasional (GPN) keseluruhan yang meningkat jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
“Peningkatan GPN daripada 5.15 pada 2015 kepada 5.10 tahun ini jelas menunjukkan ­betapa pr­­e­s­­­tasi keseluruhan pelajar kita meningkat. Dengan 25 peratus daripada soalan diketengahkan bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), keputusan ini adalah sesuatu yang baik untuk kita.
“Saya akui, jumlah pelajar mendapat semua A juga sememangnya menjadi perkara yang dinilai dalam sesuatu peperiksaan, namun penurunan ini bukan sesuatu yang dibimbangkan. Selepas ini, kami akan melakukan analisis bagi melihat di mana sebenarnya kelemahan para pelajar terutama dalam menjawab soalan KBAT,” katanya.
Sumber : Utusan