KILANG BEBOLA IKAN DIARAH TUTUP



5kilang
ALOR SETAR 5 Februari - Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa, Mergong di sini, diarahkan tutup selama empat belas hari bermula hari ini, kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Fitri Hassan berkata tindakan itu diambil oleh Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan bersama kira-kira 2 petang tadi.
"KPDNKK Kedah bersama Bahagian Kualiti Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan di dalam kilang terbabit dan mendapati lantai dan persekitaran premis tersebut kotor selain beberapa pekerja warga asing dan tempatan tidak mengenakan sarung tangan dan pakaian lengkap ketika beroperasi.
Sumber : Bernama