400 TERIMA BANTUAN LZNK SIK



1terima
SIK 1 Mac - Seramai 400 penerima berkelayakan diagihkan Bantuan Awal Persekolahan 2017 Fasa 2 dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Cawangan Sik, di Masjid An-Naim Kampung Namek, baru-baru ini.
Pengurus LZNK Cawangan Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz berkata, bantuan fasa dua melibatkan peruntukan sebanyak RM160,000 dengan setiap seorang menerima bantuan RM400 berbentuk cek.
Menurutnya, LZNK Sik berharap ibu bapa menjadikan wang zakat berkenaan sebagai suntikan semangat untuk anak-anak terus belajar dan cemerlang.
“Sekurang-kurangnya dengan bantuan ini dapat ringankan bebanan keluarga di samping kos sara hidup yang kian meningkat,” katanya.
Menurutnya, bantuan fasa tiga akan disalurkan kepada 300 lagi penerima.
“LZNK Sik juga ingin berterima kasih kepada semua pembayar zakat kerana dengan wang diberikan dapat digunakan untuk diagih kepada golongan asnaf dan memerlukan,” katanya.
Sumber : Sinar