BOLEH RAMPAS TANAH



30rampas
JITRA 30 Julai - Kerajaan Kedah tidak teragak-agak merampas tanah pertanian milik kerajaan negeri yang disalah guna untuk tanaman ketum, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf tanaman pokok ketum kerana terdapat banyak tanaman pertanian lain yang boleh menyumbang pendapatan lebih lumayan kepada pengusahanya.
"Jika ada pengusaha yang gunakan tanah kerajaan negeri untuk tanaman ketum, yang bukan tanaman yang diiktiraf, kita tidak teragak-agak untuk merampasnya.
"Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang tertentu untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darul Aman di sini, hari ini.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diminta mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penanaman ketum di negeri ini.
Sumber : Utusan