PERANAN MUZIUM DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT



1muzium
 
ALOR SETAR 1 Jun –  Muzium merupakan satu intiti ulung dan berperanan besar dalam pembangunan masyarakat dan negara kerana muzium memainkan peranan penting  sebagai lokasi untuk ahli ilmuan dan para falsafah berkumpul serta bertukar-tukar fikiran.
 
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin Omar berkata, perpustakaan diwujudkan seiring dengan penubuhan sesebuah muzium.
 
“Ini bermakna penubuhan muzium adalah untuk menempatkan segala penulisan-penulisan hasil kajian dan rekod-rekod bahan pensejarahan tersebut,” ujarnya pada majlis pelancaran Aplikasi Multimedia Interaktif dan Aplikasi Mudah Alih-Androids Rumah Tradisional Kedah 2015 yang diadakan di Muzium Negeri Kedah.
 
Beliau menjelaskan, institusi muzium semakin berkembang dengan pesat san jumlah penubuhan muzium juga semakin bertambah. Peningkatan jumlah itu mungkin disebabkan oleh peningkatan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan fungsi muzium yang dilihat semakin mencabar dalam meniti arus kemajuan dan globalisasi.
 
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Muzium Negeri Kedah, Encik Suhaidi Shukri; Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Kedah, Dr Hj Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dan Penolong Kurator Kanan, Muzium Negeri Kedah, Encik Zulkhibri Mat.
 
Sumber : UMTK