KULIM 15 Oktober– Sikap mesra rakyat yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir ketika bertemu rakyat yang secara tidak langsung menunjukkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Inilah yang dibuktikan oleh beliau pada
Program Walk About di Medan Citarasa serta lawatan ke Stesyen Bas dan
Teksi, Kulim sempena Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim yang
bertujuan untuk mendekatkan Kerajaan Negeri dengan rakyat.
Program yang diadakan itu diharap mampu
menjalinkan kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dengan rakyat di
negeri ini di samping menyelami setiap permasalahan yang dihadapi oleh
rakyat.
Sumber: UMTK