ALOR SETAR 19 Oktober – Masalah ruangan
terhad dialami anak kariah Masjid Halim Shah Seberang Pantai Johor
selesai selepas menerima bangunan baru yang kini mampu memuatkan lebih
1,400 anak kariah.
Timbalan Pengerusi masjid, Jaafar
Tajuddin, 68 tahun berkata, bangunan masjid lama sebelum ini kecil dan
hanya mampu memuatkan lebih kurang 800 anak kariah dalam satu-satu masa.
“Ruang solat dan tempat letak kereta
terhad menyebabkan anak kariah tidak selesa. Namun, penantian dua tahun
kami berakhir melalui kerja menaiktarafkan masjid ini,” katanya pada
majlis penyerahan Masjid Halim Shah Seberang Pantai Johor di perkarangan
masjid itu.
Hadir sama dalam majlis itu ialah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), YB. Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata.
Sumber : UMTK