YAN 2 September - Seluruh rakyat di
negeri ini diminta untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-57 tahun ini sebagai satu simbolik dalam menzahirkan rasa
cinta kepada negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar
Chempedak, YB. Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, biarpun
masih diselubungi kesedihan ekoran tragedi yang menimpa MH17 dan MH370,
namun tindakan mengibarkan Jalur Gemilang adalah suatu tuntutan kepada
setiap rakyat di negara ini yang cintakan negara.
“Jalur Gemilang merupakan lambang
kebebasan, kepelbagaian bangsa dan agama serta kemakmuran yang patut
dihargai semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan
Ambang Merdeka Daerah Yan 2014 dan Doa Untuk Malaysia yang diadakan di
Pekan Yan, di sini.
Menurutnya, pelbagai pengisian turut
dijalankan sempena kemerdekaan pada kali ini yang lebih tertumpu ke arah
usaha mewujudkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Sumber : UMTK