Penggunaan Topi Keledar Kura-kura Amat Membahayakan

7Topi
LANGKAWI 7 September – Masih ramai di kalangan penunggang dan pembonceng motorsikal termasuk kanak-kanak menggunakan topi keledar kura-kura tanpa menyedari risiko dihadapi mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, YB. Nor Saidi Nanyan berkata, tabiat buruk itu mendedahkan mereka kepada risiko kerana komponen pembuatan topi keledar jenis itu terlalu lembut serta senang pecah.

“Justeru, kami sedang memperhebatkan kempen tukar topi keledar jenis ini menerusi sekatan jalan raya dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Khas Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Kampung Kedawang, di sini.

Menurutnya, dalam kempen itu, mereka yang memakai topi keledar separuh muka akan diberikan topi keledar baru yang lebih selamat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Kedah, Nik Ahmad Syazwan Nik Azman berkata, penunggang dan pembonceng motorsikal perlu menukar topi keledar selepas tempoh lima tahun kerana kemungkinan tidak selamat lagi digunakan.

Sumber : UMTK