ALOR SETAR 9 September – Peruntukan
sebanyak RM378,600 diagihkan untuk membiayai aktiviti dan program yang
dilaksanakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji
Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah berkenaan meliputi perbelanjaan
keseluruhan program sepanjang tahun 2014, bermula bulan Januari sehingga
bulan September.
“Turut merangkumi semua JKKK di 12
daerah dalam negeri ini dan digunakan untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti serta program yang dianjurkan,” ujarnya.
Sumber : UMTK