ALOR SETAR 21 Ogos - Sambutan Hari
Kemerdekaan ke-57 Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini dilangsungkan
secara sederhana bagi menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia
MH370 dan MH17.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengangkutan dan Kerja Raya, YB. Dato’ Tajul Urus Mat Zain berkata,
Kerajaan Negeri membatalkan acara tertentu seperti ambang kemerdekaan,
hiburan dan pertunjukan bunga api seperti diarahkan Kerajaan Pusat.
“Bagaimanapun, acara perbarisan dan perarakan berjalan seperti biasa, namun beberapa aspek terpaksa dikurangkan.
“Kita juga turut berbangga dengan
semangat patriotisme yang ditunjukkan dalam kalangan rakyat negeri ini
bersama-sama berkempen mengibar Jalur Gemilang,” katanya pada majlis
perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang di Perkarangan Hotel Holiday
Villa, di sini.
Menurutnya, pihaknya berharap semua
agensi Kerajaan dan swasta mengambil peluang sempena bulan kemerdekaan
untuk mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda menunjukkan semangat cinta
kepada negara.
Sumber : UMTK