Mohamad Jais Suratman (kanan sekali)
meninjau tahap keselamatan tapak binaan kompleks komersial dua tingkat
berserta tempat letak kereta di atas bumbung di Mukim Pumpong, Alor
Setar, Kedah, baru-baru ini.
ALOR SETAR 21 Ogos - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri menyarankan majikan agar melakukan beberapa penambahbaikan di tapak pembinaan bagi memastikan kemalangan di kawasan berkenaan dapat dikurangkan.
ALOR SETAR 21 Ogos - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) negeri menyarankan majikan agar melakukan beberapa penambahbaikan di tapak pembinaan bagi memastikan kemalangan di kawasan berkenaan dapat dikurangkan.
Pengarahnya, Mohamad Jais Suratman
berkata, tinjauan yang dilakukan pihaknya di beberapa kawasan tapak
pembinaan di negeri ini mendapati masih terdapat pemaju yang tidak
meletakkan papan tanda keselamatan.
"Pekerja di tapak bina perlu diingatkan
supaya sentiasa mementingkan keselamatan di tempat kerja kerana pelbagai
kemalangan boleh berlaku di situ.
"Sepatutnya majikan meletakkan papan
tanda peringatan tentang keselamatan di kawasan tapak bina agar pekerja
lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas dan mengelak terjadinya
kemalangan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita
selepas melawat tapak pembinaan sebuah kompleks komersial dua tingkat
berserta tempat letak kereta di atas bumbung di Seksyen 53, Mukim
Pumpong di sini kelmarin.
Menurut Mohamad Jais, dari Januari
hingga Julai tahun ini, sebanyak 129 tapak pembinaan di seluruh negeri
telah didaftarkan iaitu 92 peratus adalah projek swasta manakala
selebihnya melibatkan projek kerajaan.
"Dalam tempoh itu, sebanyak 251 tapak
bina termasuk yang didaftarkan pada 2012 dan 2013 telah diperiksa dan
hasil daripada pemeriksaan itu mendapati 44 peratus tapak bina adalah
dalam kategori gred A.
"Sebanyak 25 peratus lagi dalam gred B, 13 peratus (gred C) dan 18 peratus (gred D)," jelasnya.
Tambahnya, dalam tempoh itu, sebanyak 80
kes kemalangan tidak hilang upaya kekal dan dua kes untuk hilang upaya
kekal dua kes kematian dilaporkan.
"Kes untuk tidak hilang upaya kekal
berkurang sebanyak 14 peratus, hilang upaya kekal pula menurun kepada 50
peratus manakala kes kematian kekal bagi tempoh sama untuk tahun 2013,"
katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Jais
memberitahu, 20 peratus tapak pembinaan di sekitar Alor Setar dan Kubang
Pasu telah dikenal pasti berisiko sebagai tempat pembiakan nyamuk
aedes.
"Tindakan telah dibuat dengan
mengeluarkan 32 surat arahan dan satu notis atas pelbagai kesalahan
kepada majikan dan operasi pelan tindakan denggi juga telah dijalankan
di kawasan terbabit," katanya.
Sumber : UTUSAN