Kerajaan Perak Sumbang RM100,000 Kepada Intura

6intura

SUNGAI PETANI 6 Jun - Kerajaan negeri Perak menyampaikan sumbangan seba­nyak RM100,000 kepada Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (Intura) untuk membangunkan sebuah taman dikenali sebagai I-Lead Park di Jalan Kuala Ketil, di sini.

Sumbangan yang disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan kepada Pengarah Intura, Dr. Zurina Abdul Hamid itu merupakan salah satu inisiatif untuk menjayakan agenda transformasi per­khidmatan awam.

Selain itu, Abdul Puhat berkata, sumbangan itu juga bertujuan membantu institut berkenaan melahirkan modal insan yang berkemahiran, berdaya kepimpinan dan profesional.

"Dengan sumba­ngan ini kita harapkan boleh membantu me­ningkatkan lagi keupayaan Intan melahirkan pemimpin dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi interaksi bersama peserta kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bilangan 1/2014 di sini baru-baru ini.

Seramai 150 Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) muda menyertai kursus DPA terbabit selama tujuh bulan bermula 23 Februari lalu.

Pada majlis itu, Abdul Puhat turut merasmikan Taman Angkat Caliph Demotrix yang dibangunkan oleh peserta DPA sebagai simbolik perpaduan.

Sumber:Utusan