JERLUN
21 April - Pertandingan lumba jentera pembajak atau lebih dikenali
‘kerbau besi’, antara acara menarik yang mendapat sambutan sempena Pesta
Jom Turun Bendang di Kampung Pida Empat, Jalan Tunjang – Ayer Hitam, di
sini.
Program
yang berlangsung selama tiga hari dua malam anjuran Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA), seumpama Pesta Keamatan dan Pesta Gawai, sebagai
tanda bermulanya musim penanaman padi di kawasan MADA.
Selain
pertandingan kerbau besi, acara lain yang turut mendapat sambutan
adalah serkap ikan, tangkap itik dan bola baling berpasukan yang
semuanya diadakan di dalam petak sawah yang berselut.
Majlis perasmian penutup program itu disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.
Pesawah,
Shaari Hashim, 39 tahun, pemenang tempat pertama pertandingan kerbau
besi berkata, dia tidak menjangka menang acara itu kerana kebanyakan
peserta mahir menggunakan alat membajak itu.
“Rata-rata
peserta berkemahiran menggunakan alatan membajak ini. Jadi, tidak sukar
untuk kami mengendalikannya. Apa yang menarik ialah kita dapat berlumba
dengan peserta lain, di samping meluangkan masa menjalankan ‘sukan
selut’ sebelum bermulanya musim penanaman padi,” katanya.
Sumber:UMTK