KULIM
5 April - Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap
pengusaha kuari pasir yang didapati melanggar syarat ditetapkan termasuk
beroperasi di luar kawasan ketika melakukan aktiviti tersebut.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Tenaga, Perumahan
dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim berkata, berdasarkan
laporan daripada pihak berkuasa, para pengusaha permit dikesan
menyalahgunakan permit mereka mengorek pasir sungai di kawasan yang
tidak diberikan kebenaran.
Kita
mendapati sejak kebelakangan ini ada banyak aduan yang dibuat oleh
penduduk berhubung kegiatan mengorek dan menyedut pasir sungai. Apabila
siasatan dibuat, kita mengesan ada di antara pengusaha menyalahgunakan
permit mereka dengan menjalankan aktiviti di luar kawasan asal.
Ini
menimbulkan implikasi negatif terhadap alam sekitar, malah menjejaskan
aktiviti harian penduduk," katanya ketika meninjau kegiatan mengorek
pasir di sepanjang Sungai Muda dan Sungai Sedim di daerah Kuala Muda
serta Kulim baru-baru ini.
Badrol
Hisham berkata, kegiatan mengorek pasir secara berleluasa itu turut
mengakibatkan berlakunya hakisan tebing teruk dan menjejaskan aktiviti
pertanian penduduk.
Sumber:Utusan