KUBANG
PASU 14 September - Seminar menangani isu-isu Syiah peringkat institut
pengajian tinggi zonutara di Hotel Darulaman di sini yang berakhir
semalam mencapai resolusi untuk mengambil tindakan lebih aktif bagi
mengekang dan mendepani fahaman berkenaan.
Timbalan
Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tindakan tersebut
dinyatakan oleh para peserta bersesuaian dengan peranan mereka sebagai
mahasiswa.
Katanya,
para peserta mencapai resolusi untuk berusaha mengekang fahaman Syiah
menerusi pemantapan ilmu pengetahuan Islam yang sebenar mengikut ajaran
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Mereka
akan bergerak lebih aktif mengikut peranan masing-masing di dalam dan
luar universiti termasuk dengan pelbagai program kemasyarakatan,"
katanya kepada pemberita selepas seminar berkenaan semalam.
Seminar
dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kedah dan Pusat Pengajian
Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) itu merupakan siri ketiga
dianjurkan jabatan tersebut selepas seminar yang dikhususkan kepada para
pendakwah, tokoh agama, guru dan pelajar baru-baru ini.
Seminar
menangani isu-isu Syiah berkenaan dijangka melibatkan pula pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) selepas Hari Raya Aidiladha ini.
Dalam
pada itu, Syeikh Marwazi berkata, pihaknya turut menggalakkan para
mahasiswa supaya aktif dalam pelbagai bentuk penulisan mengenai isu
Syiah bagi mempelbagaikan pendedahan dan penyampaian kepada masyarakat.
Katanya,
pendekatan itu penting kerana pengikut Syiah juga menggunakan pelbagai
bentuk saluran untuk menyampaikan fahaman berkenaan.
"Jadi kita harus menjawab isu Syiah menerusi saluran sama dengan ruang yang ada," ujarnya.
Sumber: Utusan