Oleh JAMLIAH ABDULLAH
Mukhriz
Mahathir bersalaman dengan sebahagian warga pendidik Kedah dalam majlis
Perjumpaan Bersama Warga Pendidikan Kedah di Alor Setar, kelmarin.
ALOR
SETAR 20 September - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir semalam
melancarkan program pendidikan Aspirasi Top 5 2015 dalam usaha
meletakkan prestasi negeri di kalangan kelompok lima cemerlang dalam
pencapaian gred purata peperiksaan awam (GPPA) menjelang 2015.
Mukhriz melancarkan program tersebut sempena majlis Perjumpaan Bersama Warga Pendidikan Kedah di Wisma Darul Aman di sini.
Menurut
beliau, inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk melonjak
negeri ini memaparkan kesungguhan dan komitmen jitu untuk bersama-sama
menjayakan hasrat kerajaan negeri.
"Kedah
suatu ketika dahulu cemerlang dalam pendidikan dan saya percaya usaha
ini mampu melonjakkan Kedah kembali cemerlang dalam bidang ini.
"Kerajaan
negeri akan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama yang tidak
berbelah-bahagi kepada usaha memartabatkan pendidikan di negeri ini
selaras dengan Aku Janji Barisan Nasional Kedah yang akan sentiasa
berusaha meletakkan bidang ini dan pembangunan modal insan di tahap
lebih baik," katanya dalam majlis tersebut.
Yang
hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja
Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain; Jawatankuasa Penerangan,
Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd. Tajuddin
Abdullah dan Pengarah Pendidikan negeri, Mansor Lat. Dalam majlis itu,
Mukhriz turut melahirkan hasrat golongan pelajar generasi Ulu Albab
dapat dilahirkan di negeri ini.
"Kerajaan
negeri sentiasa menyokong usaha ke arah pembinaan generasi Ulu Albab
yang ditafsirkan sebagai kumpulan manusia yang mempunyai pemikiran
bersih dan sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara
secara betul.
"Generasi Ulul Albab inilah yang sewajarnya dilahirkan sebagai generasi harapan negara," katanya.
Beliau
juga menyeru semua warga pendidikan negeri ini berusaha keras
meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini demi menjayakan aspirasi
kerajaan.
"Pembelajaran
murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi di
peringkat pelaksana. Guru adalah tonggak utama dalam meningkatkan
prestasi murid di sekolah.
"Para
pendidik memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang
berpendidikan, bermoral tinggi dan dipenuhi dalam dirinya nilai-nilai
yang murni," katanya.
Sumber: Utusan