ALOR
SETAR 14 Julai – Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun
Mahathir bersama hampir 1,000 peminat bola sepak tempatan dan
antarabangsa menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2014 yang menyaksikan
Jerman muncul juara menewaskan Argentina 1-0.
Meskipun
terikat dengan banyak komitmen mentadbir negeri ini, Menteri Besar
Kedah tidak keberatan untuk turut sama bersengkang mata sehingga jam 6
pagi sambil ditemani Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan, YB. Aminuddin
Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina,
Kesihatan dan Perpaduan, YB. Dato’ Dr. Leong Yong Kong.
Menteri
Besar Kedah yang hadir dengan memakai t-shirt berlengan panjang memilih
Jerman sebagai pasukan pilihannya. Beliau yang tiba kira-kira 2.45 pagi
kemudiannya bersahur bersama peminat bola sepak yang hadir menyaksikan
perlawanan itu.
Perlawanan
antara Jerman dan Argentina berlangsung dengan penuh mendebarkan dan
pelbagai aksi turut ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Namun tiada
jaringan berjaya dilakukan sehingga tamat perlawanan.
Walaubagaimanapun,
pasukan Jerman berjaya menunjukkan prestasi yang mengagumkan apabila
penyerangnya, Mario Goetze berjaya menjaringkan gol kemenangan Jerman
pada minit ke-113 masa tambahan menerusi voli cantik.
Sumber:UMTK