TINGGAL 81 MANGSA BANJIR DI KEDAH


27TINGGAL
ALOR SETAR 27 September - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pada malam ini turun mendadak kepada hanya 81 orang berbanding 599 petang tadi.
Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan, ia membabitkan dua pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu di Pendang dan Kubang Pasu.
Di Pendang, seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah berbanding 280 daripada 77 keluarga petang tadi.

Di Kubang Pasu, hanya tinggal 48 mangsa daripada sembilan keluarga berbanding 56 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kodiang.
Dalam pada itu, 263 mangsa banjir daripada 90 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunung Keriang di Alor Setar telah dibenarkan balik berikutan cuaca yang semakin baik.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam pula giat melakukan aktiviti pembersihan pasca banjir.
Sumber : Sinar