PERKENAL KHIDMAT JAGAAN DI RUMAH



9perkenal
SUNGAI PETANI 8 Ogos – Hospital Pantai Sungai Petani me­lancarkan Perkhidmatan Jagaan Kejururawatan di Rumah bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan rawatan awal tanpa perlu ke hospital.
Ketua Pegawai Operasinya, Tio Bee Chan berkata, pihaknya menyediakan dua kenderaan bagi memudahkan jururawat di hospital berkenaan untuk memberi rawatan awal sebaik sahaja menerima panggilan.
“Sejak perkhidmatan ini di­perkenalkan pada bulan lepas, ramai penduduk setempat terutama berusia antara 56 hingga 74 tahun yang mengalami penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh telah menggunakan kemudahan yang disediakan pihak hospital ini.
“Perkhidmatan jagaan di rumah ini dilakukan jururawat yang berpengalaman dan sekiranya pesakit didapati masalah kesihatan serius, mereka dihantar ke hospital ini untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya selepas Majlis Pelancaran Per­khidmatan Jagaan Kejururawatan di Rumah, di sini kelmarin.
Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr. Leong Yong Kong.
Sementara itu, Yong Kong berkata, kemudahan yang dilaksanakan Hospital Pantai Sungai Petani itu dilihat mampu membantu mening­katkan tahap kesihatan penduduk di daerah tersebut.
“Kesihatan penduduk terutama mereka yang tinggal di luar Bandar akan bertambah baik apabila program berkenaan dihayati sepenuhnya.
“Bagaimanapun masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki mutu kesihatan penduduk dan pentadbiran hospital swasta perlu sama-sama memainkan peranan ke arah itu dalam menjayakannya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan Jagaan Kejururawatan di Rumah boleh menghubungi pihak Hospital Pantai Sungai Petani di talian 04-4428888 atau 012-6668433.
Sumber : Utusan