LANGKAH MERDEKA SEHATI SEJIWA



21langkah
KULIM 21 Ogos – Program Langkah Merdeka Sehati Sejiwa berlangsung meriah de­ngan kehadiran kira-kira 300 jemputan termasuk ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) di pejabat Penerangan daerah Kulim di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Thiong Gee ketika berucap di program itu berkata, sambutan wajar diraikan oleh semua anggota masyarakat sebagai tanda kasih kepada negara.
“Inilah negara tumpah darah kita dan kita perlu sayang negara sendiri.
“Banyak perubahan terus berlaku di negara ini selepas mencapai kemerdekaan dan rakyat berbagai kaum ber­upaya hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.
Menurut beliau, setiap penduduk perlu berubah sikap dari semasa ke semasa dan jangan sama sekali berprasangka buruk terhadap satu sama lain.
“Program begini perlu diteruskan dari tahun ke tahun dan sesungguhnya banyak lagi cabaran baharu bakal ditempuhi pada masa akan datang.
“Hendaknya ceramah disampaikan oleh pihak berkenaan di program begini boleh dijadikan panduan untuk membaiki diri sendiri,” katanya.
Terdahulu itu, Pegawai Penerangan daerah Kulim, Mohamad Rabi Wahab berkata, program Langkah Merdeka Negaraku Sehati Sejiwa ber­upaya memberi satu azam baru kepada setiap peserta selepas masing-masing mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.
Sumber : Utusan