LARIAN JERAI BERSAMA PASUKAN BOMBA



7larian
ALOR SETAR 7 Mei - Orang ramai dipelawa memeriahkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran dan Larian Jerai anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, di Gunung Jerai, 13 Mei ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, sambutan itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan buat kali ke-empat, sempena Hari Bomba Sedunia 2017 yang diraikan pada 4 Mei.
“Pelbagai hadiah menarik, seperti 300 helai kemeja T percuma, hadiah cabutan bertuah dan sijil penyertaan disediakan,” katanya.
Menurutnya, johan larian bagi kategori terbuka lelaki dan wanita masing-masing berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000, selain pingat serta sijil penyertaan.
Nur Hafizah berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 1,000 penyertaan dan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
"Larian ini terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas. Mereka yang berminat perlu mendaftar dengan yuran RM40,” katanya.
Oleh : Gokina Morganan
Sumber : Sinar