34 MASJID DAERAH YAN KUTIP DANA



4masjid
YAN 4 April - Jumlah terkumpul hasil kutipan dana untuk tabung Rohingya di 34 buah masjid daerah Yan ialah RM12,465 merupakan satu jumlah yang besar.
Pegawai Daerah Yan, Mohd Yusri Mohd Daud berkata, beliau sendiri turut terkejut dengan jumlah berkenaan yang hanya memakan masa sebulan sahaja.
"Tidak sangka dalam tempoh sebulan, daerah kita mampu mengumpul dana dalam jumlah yang sedemikian banyak.
"Ini membuktikan masih ramai masyarakat yang prihatin akan isu Rohingya ini," katanya ketika ditemui di majlis penyerahan replika cek di Pejabat Agama Daerah di sini, semalam.
Katanya, diharapkan kejayaan kutipan dana sebanyak ini dapat menjadi perintis kepada daerah lain untuk memberi bantuan kepada saudara seagama kita di Rohingya.
"Wang ini akan disalurkan kepada mereka untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan nanti," katanya.
Tambahnya, kutipan banyak diterima pada hari Jumaat kerana ramai yang datang ke masjid pada waktu tersebut.
Mohd Yusri berkata wang tersebut akan disalurkan kepada mereka di Rohingya melalui akaun bank Tabung Haji.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar