10 RUMAH ROSAK DIPUKUL RIBUT



19rumah
SUNGAI PETANI 19 Februari - Kejadian ribut mengakibatkan kira-kira 10 rumah penduduk di Taman Intan dekat sini semalam rosak teruk terutama pada bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang disusuli dengan hujan menyebabkan penduduk ber­kenaan mengalami kerugian apabila barang di rumah mereka rosak.
Seorang penduduk, S. Rama­chandran, 64, berkata, kejadian yang berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan dia gagal menyelamatkan barang dalam rumahnya itu.
“Kejadian bermula dengan angin kuat sebelum menerbangkan bumbung rumah dan diikuti dengan hujan. Kami bernasib baik kerana tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tan Eng Kiat, 66, pula berkata, walaupun tidak ada kecederaan berlaku, kejadian itu begitu menakutkan.
“Dalam tempoh 20 minit sahaja ribut menerbangkan bumbung rumah kami sebelum hujan,” katanya.
Dalam pada itu menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Azahar Ahmad, beberapa anggotanya bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian.
“Beberapa rumah bumbung­nya diterbangkan angin dalam kejadian itu.
“Ada juga atap tempat letak kereta tercabut dalam kejadian itu, bagaimanapun tidak ada seba­rang kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, anggota APM ber­tindak menurunkan atap rumah yang pecah bagi memastikan kediaman rumah penduduk selamat untuk diduduki.
Azahar menambah, kerja-kerja membersihkan rumah penduduk berakhir pukul 7.52 malam.
Oleh : Abd Razak Osman
Sumber : Utusan