KUALA MUDA JUARA SUKDA 2016

18kontijen
KUBANG PASU 18 Disember - Kontinjen Kuala Muda muncul juara keseluruhan selepas berjaya mengutip 19 pingat emas, 16 perak dan 15 gangsa dalam temasya Sukan Kedah Darul Aman (Sukda) 2016 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Daerah Kubang Pasu pula menduduki tangga kedua dengan pungutan 18 pingat emas, lima perak dan 14 gangsa diikuti Kota Setar di tempat ketiga.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri menganjurkan semula Sukda pada tahun selepas terhenti 13 tahun sebagai usaha membangunkan sukan negeri dan mencungkil bakat muda.
“Seperti yang saya umumkan dalam amanat sempena 100 hari perkhidmatan sebagai Menteri Besar, Sukda akan diberi nafas baharu dan akan diadakan berselang-seli dengan Sukan Malaysia (Sukma).
“Sebagai persiapan Kontinjen Kedah untuk menyertai Sukma di Perak pada 2018, kita sekali lagi akan menganjurkan Sukda pada tahun depan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Sukda 2016 di sini hari ini.
Oleh : SITI NURAZLINA JAMALUDIN
Sumber : Utusan