BERI LAPORAN KERUGIAN SEGERA



2beri
JITRA 2 Oktober - Petani Kampung Padang Garam, Kuala Kedah yang terjejas akibat fenomena air pasang besar baru-baru ini, digesa membuat laporan segera.
Exco Pertanian, Datuk Suraya Yaacob berkata, keseluruhan petani yang terjejas akibat fenomena itu boleh membuat laporan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk pihak atasan membuat pertimbangan sewajarnya.
“Laporan berkenaan termasuklah jumlah kerugian yang ditanggung oleh mereka, dan selepas itu kita akan buat pertimbangan," katanya.
Menurutnya, tidak dinafikan tahun ini fenomena terbabit lebih luar biasa dari tahun sebelumnya, namun langkah untuk mengatasinya perlu dilakukan secara berperingkat.
“Kita tidak boleh ambil langkah segera untuk mengatasinya perlu dilakukan secara berperingkat kerana mustahil untuk kita memperuntukkan belanja yang besar untuk fenomena alam sedemikian.
Terdahulu, Suraya merasmikan program myHingaQmNega di Tasik Darul Aman, Jitra anjuran Bahagian Industri Desa dan Usahawan (Bidu) di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).
Program terbabit disertai oleh 148 usahawan yang terdiri daripada usahawan kosmetik, elektronik dan percetakan.
Sumber : Sinar