SUNGAI PETANI 8 Oktober – Penyerahan
agihan lermbu korban sempena Hari Raya Aidiladha dijadikan sebagai acara
tahunan anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama anak-anak syarikat
Kerajaan Negeri Kedah (GLC).
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji
Mukhriz Tun Mahathir berkata, ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri
masih mampu untuk membantu rakyat terutama menjelang Hari Raya Aidiladha
yang disambut pada setiap tahun.
“Harga lembu sekarang amat tinggi
berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kita tetap mengagihkan
sebanyak 455 ekor lembu pada tahun ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN), Ahli Parlimen, Jabatan serta Persatuan,” katanya pada majlis
penyerahan agihan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pusat
Latihan Rela Bukit Selambau.
Menurutnya, pengagihan lembu ini diharap mampu mendekatkan Kerajaan Negeri dengan agensi Kerajaan serta persatuan yang ada di negeri ini.
Sumber : UMTK
Menurutnya, pengagihan lembu ini diharap mampu mendekatkan Kerajaan Negeri dengan agensi Kerajaan serta persatuan yang ada di negeri ini.
Sumber : UMTK