Peruntukan Khas Anjur Program Denggi

10denggi
ALOR SETAR 10 September – Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Kedah diwajibkan menjalankan satu program khas kesedaran mengenai denggi untuk dinilai sebagai Petunjuk Prestasi Utama tahun ini.

Sehubungan itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM350,000 atau RM500 bagi setiap kawasan JKKK bagi membolehkan mereka menjalankan program di peringkat akar umbi dalam tempoh dua bulan, bermula pada 8 September 2014.

Pengerusi KEDA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, YB. Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peruntukan khas itu perlu digunakan sebaik-baiknya bagi menjalankan gotong-royong bersama masyarakat setempat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat penting mengenai denggi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Khas Gotong-Royong JKKK Mencegah Wabak Denggi Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata, di sini.

Sumber : UMTK