Kadar Zakat Fitrah Kedah Kekal

1zakat

ALOR SETAR 1 Julai – Kadar zakat fitrah di Kedah tahun ini masih dikekalkan sebanyak RM7 seorang.

Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali Yaacob berkata, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM8 juta pada tahun ini.

“Kita masih mengekalkan kadar bayaran zakat dan tiada perubahan sejak tahun 2008. “Hasil kutipan itu akan kita salurkan kepada golongan kurang upaya dan asnaf seramai 25,000 orang di seluruh Negeri Kedah,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya melantik seramai 5,000 amil untuk melakukan pungutan zakat selain masih mengekalkan pembayaran zakat melalui kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Orang ramai boleh membuat bayaran zakat mereka di pejabat zakat daerah atau kepada amil yang dilantik. Mereka juga boleh memilih pembayaran melalui kemudahan SMS,” ujarnya.

Sumber:UMTK