Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
SIK
27 Mei - Sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa, lebih 40 mahasiswa
serta pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) bersama kakitangan
Sumirubber Industries Malaysia Sdn. Bhd. berganding bahu menanam 500
anak pokok spesies meranti di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini
baru-baru ini.
Menurut
Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat
USM, Syed Yusof Syed Kechik, program tersebut bertujuan meningkatkan
kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara khazanah alam.
"Kami
teruja dapat menyertai program sebegini. Apatah lagi aktiviti sebegini
selari dengan hasrat kami untuk mentransformasikan pengajian tinggi
untuk kelestarian hari esok.
"Kesemua
40 mahasiswa dan pensyarah ini datangnya daripada Kampus Kejuruteraan
USM Nibong Tebal, Pulau Pinang. Selain menyumbang kepada pemeliharaan
alam, program ini juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan antara warga
kampus dengan industri luar," katanya ketika berucap merasmikan program
berkenaan.
Yang
turut hadir, Timbalan Pengarah Pembangunan Hutan Kedah, Nor Azirim
Ahmad dan Pengarah Urusan Sumirubber Industries Malaysia Sdn. Bhd,
Yoshiaki Miyamoto.
Sumber: Utusan