Oleh ABD RAZAK OSMAN
SEORANG
kakitangan PR1MA memberi penerangan kepada orang ramai yang berkunjung
ke Majlis Pelancaran Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia di Bandar Utama
Jalan Sidam, Sungai Petani, Kedah, kelmarin. -Utusan/ Abd. Razak Osman
SUNGAI
PETANI 2 Mac - Penduduk di beberapa daerah kawasan ini menyambut baik
langkah kerajaan melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
pertama negeri ini dengan membina 2,700 unit rumah di Kuala Muda dekat
sini tidak lama lagi.
Mereka
menyifatkan ini tindakan wajar dan perlu diteruskan kerana dapat
memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Seorang
suri rumah, Nor Hafishah Md. Nor, 31, dari Kampung Setar, Yan berkata,
dia mengambil keputusan untuk membeli rumah yang bakal dibina oleh pihak
berkenaan kawasan tersebut.
"Saya berharap dapat membeli sebuah daripadanya, kalau tidak dapat beli terpaksalah menyewa rumah lagi," katanya.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melakukan upacara pecah
tanah pembinaan projek perumahan itu di Bandar Utama Jalan Sidam Kiri di
sini.
S.
Thamothran, 40, dari Taman Keladi dekat sini pula berkata, sebagai
seorang pekerja kilang dengan pendapatan RM1,400 di Bakar Arang di sini,
dia perlu diberi peluang untuk mendapatkan sebuah rumah baharu di
kawasan berkenaan.
"Saya
juga perlu memiliki rumah sendiri, kerajaan perlu menolong orang susah
terlebih dulu, bila dapat memiliki sebuah rumah tentulah seronok kerana
tidak payah lagi tinggal di rumah sewa," katanya.
Teoh
Chee Seng, 31, dari Taman Ria Jaya pula berkata, untuk membeli sebuah
rumah yang mahal dia tidak mampu terutama dengan peningkatan harga rumah
sekarang.
"Saya
baru sahaja berkahwin, perancangan perlu dibuat dari sekarang iaitu
untuk memiliki rumah sendiri, lagi pun projek ini dijangka siap pada
September 2016 nanti," katanya.
Zamri
Bahari, 37, dari Kampung Masjid Tikam Batu memberitahu, dia sanggup
melakukan apa sahaja untuk membeli sebuah rumah projek PR1MA di Jalan
Sidam di sini.
"Saya
membuat pendaftaran secara online untuk membeli rumah itu, bila ada
rumah sendiri tidak payah sewa lagi rumah di Tikam Batu," katanya.
Sumber: Utusan