oleh SAFINA RAMLI
Mukhriz
Mahathir menyampaikan baucar tunai kepada Eshah Mohamad sambil
diperhatikan oleh Othman Aziz (kiri) sewaktu majlis agihan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 Peringkat Parlimen Jerlun di Sekolah
Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah, semalam. - Mingguan/ISMAIL
KAMADIN.
KUBANG PASU 1 Mac - Catuan air mungkin dilaksanakan di Kedah jika musim kering berlarutan sehingga penghujung Mac ini.
Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, catuan akan
dilakukan jika paras air di empangan berada pada tahap membimbangkan.
"Kita
masih mempunyai bekalan air yang mencukupi justeru catuan air tidak
akan dilakukan buat masa ini," katanya selepas menyampaikan Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di
sini hari ini.
Seramai
2,896 penerima BR1M dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan DUN
Kota Siputeh dalam Parlimen Jerlun menerima bantuan itu hari ini dan
seramai 2,892 lagi akan menerima bantuan itu esok.
Menurut
Mukhriz, kerajaan negeri tidak akan menunggu sehingga keadaan mendesak
untuk membuat catuan air kerana ia akan mengundang banyak masalah.
"Bila
kita nak buat catuan air, biarlah buat pada waktu yang ada air sebab
takkan kita nak catu waktu tak ada air, waktu itu sudah terlambat.
"Tetapi
buat masa ini pihak kita belum ada keperluan (catu air) tetapi saya
terima nasihat SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) iaitu jangan
tunggu bila keadaan dah mendesak baru nak buat catuan.
"Catuan
ini boleh dilakukan di semua peringkat termasuk dalam kalangan pengguna
iaitu berjimat dan jangan membazir terutama ketika negara mengalami
cuaca tidak menentu ini," jelasnya.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz yang juga Pengerusi
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memberitahu, kadar takungan air
di tiga empangan utama di negeri itu iaitu Pedu, Ahning dan Muda
sehingga Khamis lalu adalah sebanyak 68 peratus.
"Takungan
air ada sebanyak 1.1 bilion kubik meter dan kita hanya perlukan satu
juta kubik meter sehari untuk kegunaan domestik dan ia mencukupi buat
masa ini," katanya.
Sumber: Utusan