MUKHRIZ
Tun Dr. Mahathir pada majlis makan malam Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah
Padang Lumat atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat, Sungai Limau, kelmarin.
ALOR
SETAR 4 Oktober - Kerajaan negeri Kedah sentiasa menghargai sumbangan
pondok pengajian agama dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan
perjuangan UMNO dan Islam sejak sebelum negara merdeka.
Menteri
Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri juga
memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka
menentang penjajah dan komunis.
"Oleh
itu adalah wajar hubungan antara kerajaan negeri dan pondok-pondok
agama yang sekarang banyak dijadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR)
diteruskan agar Kedah terus maju bagi merealisasikan wawasan kepimpinan
negara.
"Saya
akan minta Jabatan Agama Islam Kedah berbincang dengan SAR dan
ketua-ketua pondok supaya bantuan perlu dapat disalurkan," katanya
semasa berucap pada majlis makan malam Menteri Besar bersama Warga SAR
di di Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah Padang Lumat, 35 kilometer dari
sini, malam semalam.
Pada
majlis itu, Mukhriz menyerahkan bantuan berjumlah RM1.2 juta
berdasarkan perkapita pelajar sumbangan Yayasan Gerak Fikir, sebuah
badan bukan kerajaan di negeri ini kepada 11 SAR di Kedah.
Sebelum
itu, Mukhriz yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam
Kedah Mohd. Rawi Abdul Hamid, Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad,
pengerusi Majlis Pengetua SAR Kedah Datuk Sheikh Abdul Razak Yusof,
para guru dan pelajar menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan
doa selamat sebelum menunaikan solat Isyak.
Dalam
ucapannya, Mukhriz juga mencadangkan supaya SAR membuat kajian untuk
menarik pelajar negara-negara asing belajar di sekolah mereka.
"Impak
kedatangan ramai pelajar asing membantu melonjak ekonomi, sektor
pelancongan dan sudah tentu usaha mengukuhkan syiar Islam akan
berkembang lebih cepat," katanya.
Sumber: BERNAMA