ABDUL
Azeez Rahim (dua dari kanan) menjamu selera bersama penduduk kampung
ketika mengunjungi rumah baharu Zainol Yahaya (empat dari kanan) ketika
majlis penyerahan rumah di Kampung Charuk Bunting, Baling, baru-baru
ini.
BALING
18 Oktober - Seorang penduduk Kampung Charuk Bunting di sini melahirkan
rasa syukur dan terharu kerana dapat beraya di rumah baru mereka
setelah rumah pusaka yang berusia 30 tahun musnah terbakar pada Jun
lalu.
Zainol
Yahaya, 75, turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat
beraya dengan sempurna walaupun rumah kesayangannya musnah terbakar.
"Terima
kasih kepada pemimpin di sini yang amat prihatin dengan masalah
rakyatnya dengan memberi pelbagai bantuan segera kepada saya sekeluarga
bagi meringankan beban yang kami tanggung," katanya di sini kelmarin.
Rumah dua bilik yang dibina itu menelan belanja hampir RM20,000 siap sepenuhnya menjelang Aidiladha.
Menurutnya,
kehidupannya kini lebih selesa dengan rumah baru yang didiaminya dan
seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih selamat kerana rumah
yang dibina lengkap dengan ciri-ciri pendawaian yang selamat.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, bantuan
segera dalam tempoh 24 jam akan dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan
Rakyat Baling (YPRB) untuk diberikan kepada mangsa apabila berlaku
tragedi malapetaka seperti kebakaran, banjir dan sebagainya.
"Melalui
YPRB, bantuan segera akan diberikan dalam tempoh 24 jam kepada mangsa
tragedi kebakaran, banjir dan sebagainya mengikut keperluan mangsa yang
terlibat.
"Ini
adalah satu pengorbanan pemimpin dan rakyat di daerah ini untuk turut
sama membantu mangsa bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh
mereka," katanya ketika merasmikan rumah baru di Kampung Charuk Bunting.
Menurut
Abdul Azeez, usaha tersebut dilakukan sementara mendapatkan bantuan
daripada agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
sebagainya agar mangsa dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun
ditimpa musibah.
Sejak
lima tahun lalu katanya, lebih 300 buah rumah telah dibina dan 2,700
buah rumah telah dibaiki melalui pelbagai agensi bagi mengatasi masalah
kemiskinan penduduk di sini.
Pada
masa yang sama, Abdul Azeez turut mengumumkan tiga buah kontena yang
diubahsuai bagi menjadi sebuah kediaman sebagai penempatan sementara
jika berlaku musibah yang tidak diingini kepada mereka yang memerlukan.
Sumber: Utusan