SULTAN KEDAH BERANGKAT KE EKSPO


28sultan
ALOR SETAR 28 Februari - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan berangkat ke Ekspo Muafakat Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini.
Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Sultan Sallehuddin tiba di pekarangan stadium pada pukul 10.30 pagi dengan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Negeri, Datuk Bakar Din.
Baginda dan rombongan diraja kemudian dibawa melawat Kluster Dirgahayu Tuanku, Barakah Kedah, Suara Hati dan Pameran Daerah sebelum berangkat pulang.
Terdahulu, Sultan Sallehuddin berkenan menerima cenderamata yang disampaikan Ahmad Bashah di pentas utama ekspo itu.
Oleh : Siti Nurazlina Jamaludin
Sumber : Utusan