Suraya
Yaacob (dua dari kanan) menyampaikan Kit Insentif Kelahiran Anak kepada
salah seorang penerimanya di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini.
BALING
11 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini giat mendekati
masyarakat setempat bagi memudahkan mereka mendaftarkan ahli keluarga
yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan
Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata berkata, OKU
merupakan kumpulan sasaran agensi terbabit demi menjamin kebajikan
mereka.
Sepuluh
peratus daripada jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada golongan OKU
namun hanya 50 peratus daripadanya berdaftar sebagai golongan OKU.
Masalah
pembelajaran dan mereka yang telah dipotong kakinya akibat diabetis
juga tergolong dalam golongan OKU dan mereka juga perlu didaftarkan
dengan JKM," katanya ketika merasmikan Karnival Jom Daftar OKU dan
Penyampaian Insentif Kelahiran Anak (IKA) di gelanggang bola keranjang
Kuala Ketil dekat sini baru-baru ini.
Yang
hadir sama Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik; Pegawai JKM daerah,
Nazatul Iffah Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Noor Mohd.
Amin.
Menurut Suraya, satu kempen pendaftaran OKU perlu diadakan bagi menggalakkan lebih ramai OKU yang layak mendaftar dengan JKM.
Katanya,
Pusat Khidmat Setempat (PKS) di Bedong turut ditubuhkan bagi memudahkan
masyarakat mendaftarkan ahli keluarganya yang dikategorikan sebagai
OKU.
Sebelum
ini, untuk pendaftaran OKU, mereka perlu ke hospital-hospital untuk
dapatkan surat pengesahan daripada pakar-pakar perubatan tetapi kini
mereka boleh ke PKS kerana semua proses untuk mendapatkan kad OKU ada
di sana," katanya.
Suraya
berkata, banyak program perlu dijalankan bagi menggalakkan orang ramai
membuat pendaftaran ahli keluarga OKU supaya segala kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya.
Terdapat
15 keistimewaan akan diberikan oleh kerajaan kepada pemegang-pemegang
kad OKU dan kerajaan sentiasa berusaha menaikkan taraf perkhidmatan yang
diperlukan oleh mereka," katanya.
Negeri
ini kini mempunyai 35 buah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang
digunakan sebagai alternatif bagi OKU menjalani latihan harian di
samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat setempat.
Sumber: Utusan