Siti Zubaidah Zakaraya
Sebanyak 13 tapak yang telah dibuka menunjukkan wujud pusat pentadbiran suatu ketika dahulu
SUNGAI
PETANI 10 Mac - Bidang arkeologi menuntut ketelitian, kesabaran dan
kesungguhan kerana pengkajinya terpaksa mencari bukti atau melakukan
ekskavasi (cari gali) yang perlu diterokai dalam tempoh yang panjang.
Ramai
golongan muda yang menceburkan diri dalam arkeologi termasuk golongan
pengkaji yang terpaksa melupakan hasrat dalam bidang itu apabila
kerja-kerja cari gali hanya dapat dilakukan separuh jalan berikutan
pelbagai halangan termasuk suasana kerja yang cukup berbeza.
Bagaimanapun,
apabila didekati, ia sebenarnya sesuatu yang agak mencabar,
menyeronokkan serta memerlukan keghairahan dalam usaha mengumpul
bukti-bukti artifak yang mampu mengubah sejarah ketamadunan awal manusia
mahupun dunia.
Seperti
yang dibangkitkan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG)
Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin,
bilangan arkeologis mahupun pengkaji muda di negara ini terlalu sedikit
dan boleh dibilang dengan jari.
Bagaimanapun,
hasil ekskavasi yang dilakukan pasukan PPGA bermula pada 2009,
(penemuan tapak bermula 2007) menunjukkan Tamadun Awal Kedah Tua bermula
pada Abad ke-5 sebelum Masihi.
Apa
yang menakjubkan, hasil ekskavasi yang dilakukan turut menemui struktur
seni bina sebuah pelabuhan yang luas, pusat pentadbiran, tapak ritual
keagamaan serta tapak perusahaan industri berat iaitu pusat peleburan
besi.
Wujudkah
pusat pendidikan, penyebaran ilmu di Sungai Batu Kewujudan tamadun awal
Kedah Tua memberi gambaran bahawa masyarakat pada zaman dahulu sudah
arif tentang selok-belok pentadbiran, pemasaran dan perdagangan.
Buktinya,
sehinggakan aktiviti perindustrian berjalan rancak, di mana wujud
sebuah jeti pelabuhan maritim yang canggih dengan sistem peleburan besi
yang berteknologi tinggi.
“Penemuan
pusat peleburan besi menunjukkan berkemungkinan wujud pusat
pembelajaran sehingga melahirkan pakar dalam bidang teknikal, mekanikal,
seni bina, pemasaran dan industri peleburan besi,” katanya.
Sekiranya
masyarakat pada zaman itu sudah pandai melakukan proses peleburan besi,
ini bermakna, proses peralihan ilmu sudah bermula lebih awal dari itu.
“Kita
juga menemui lebih satu juta batu-bata melalui hasil binaan yang
disusun dengan tiga jenis saiz bata yang standard menunjukkan
berkemungkinan wujudnya kilang pembuatan bata di kawasan ini,” katanya.
Jeti
di kedua-dua tebing bukti pelabuhan kapal dagang Turut menemui jeti di
gigi air di kedua-dua belah tebing, mendefinisikan ia adalah sebuah
pelabuhan kuno.
Berdasarkan
tebing ke tebing jaraknya kira-kira 100 meter laluan perkapalan dan
kedalamannya sudah pasti lebih dalam membolehkan kapal dagang yang besar
dari pelbagai negara melaluinya suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun,
produk hasil besi langsung tidak ditemui sama ada berlakunya pembikinan
pedang, cangkul, pisau atau apa sahaja produk berasaskan besi serta
pasukan PPAG masih melakukan pencarian mengenainya.
“Hasil
ekskavasi di kesemua 47 tapak yang telah dibuka (daripada 97 pemetaan
pada 2007), tiada penemuan produk hasil besi yang ditinggalkan.
“Rekod
sejarah dahulunya mengatakan, Tanah Melayu terkenal dengan industri
emas dan bijih timah. Tidak diketahui berhubung peleburan besi,” katanya
ia sebuah penemuan tersembunyi yang sudah dibongkar.
Melalui
catatan I Ching, seorang pengembara China (Yijing dari Dinasti Tang),
Kedah Tua juga dikenali sebagai Cheh-Cha/Chiecha dalam rekod Cina.
“Antara
ayatnya menyebut, perdagangan melalui sistem barter dilakukan dengan
pedagang luar bagi mendapatkan besi di Kedah Tua merupakan antara hasil
besi yang terbaik,” katanya.
Rekod pelayaran pedagang Arab juga menyebut bahawa besi terbaik di dunia datangnya daripada Kalahan iaitu Kedah Tua.
Berdasarkan
maklumat, beberapa negara seperti Eropah, India dan China juga
menjalankan perdagangan dan mendapatkan besi dari pelabuhan ini.
Rekod
juga menunjukkan pemerintah India Selatan juga melakukan import besi
dari Kataram iaitu Kedah Tua dalam bahasa India Selatan.
Ini
mula mengesahkan bahawa Kedah Tua melakukan eksport besi ke seluruh
dunia. Tinjauan juga menemui peninggalan batu besi di sekitar kawasan
tapak ekskavasi ketika lawatan dilakukan penulis bersama pengamal media
lain.
Ini
menunjukkan aktiviti peleburan besi berlangsung dengan jayanya di
Sungai Batu, tetapi bagaimana proses itu berjalan tanpa hubungan
komunikasi berkesan.
Ikuti
kupasan selanjutnya dalam siri Jom Cari Kedah Tua untuk siaran
selanjutnya. Turut dimuatkan, penemuan monumen pertama di dunia yang
memulakan rekaan bulatan di bahagian bawah yang ditemui di tapak ritual
Sungai Batu.
Sumber: Sinar