Tun
Dr Mahathir Mohammad (tengah) menandatangani ukiran kristal menara
sempena Majlis Menanam Cerucuk Menara Maha di Langkawai hari ini.
LANGKAWI
4 November - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
pembinaan sesebuah menara akan menjadi mercu kejayaan dan kepesatan
pembangunan sesebuah negara.
"Sebagai contoh pembinaan Menara Berkembar Petronas (di Kuala Lumpur)membuktikan kejayaan Malaysia dalam pembangunan dan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Menanam Cerucuk Menara Maha setinggi 138 meter di pesisir pantai di bandar Kuah di sini hari ini.
Menara Maha yang fasa pertamanya dijangka siap pada April 2015 akan memiliki restoran bertingkat dan menara peninjau di atas tapak seluas 11.4 hektar.
Keseluruhan projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
Dr Mahathir berkata, pembinaan menara yang dicadangkan sejak 20 tahun lepas itu akan menjadi satu lagi mercu tanda Langkawi yang diharap akan menjadi tarikan pelancong.
Beliau berkata, kepesatan pembangunan di Langkawi terutama sektor pelancongan akan turut menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi pulau peranginan itu.

Sumber: Bernama