
Mukhriz
Tun Dr. Mahathir menyaksikan kesan kebakaran asrama sempena kunjungan
beliau ke Maahad Tahfiz Al-Barakah, Sungai Petani, Kedah, kelmarin. -
utusan/Abd. Razak Osman
SUNGAI
PETANI 21 Julai - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir
berkata, keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menetapkan shisha
adalah haram tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Beliau
berkata, umat Islam khususnya penghisap shisha perlu menerima keputusan
itu secara terbuka tanpa membuat pelbagai andaian tentangnya.
"Lagipun
menghisap shisha jika diteruskan boleh menyebabkan penyakit," katanya
kepada pemberita selepas melawat Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantap),
Tikam Batu di sini semalam.
Bangunan
asrama pelajar Mantap musnah dalam satu kebakaran 15 Jun lalu
mengakibatkan seorang pelajarnya, Aiman Nur Hakim Yahya, 13, meninggal
dunia.
Pada
lawatan itu, Mukhriz memberi sumbangan peribadi RM10,000 bagi
membolehkan pihak pengurusan membina asrama baharu selepas Hari Raya
Aidilfitri nanti.
Sementara
itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti ajaran
Syiah di negeri ini bagi memelihara akidah umat Islam.
Ketika
berucap dalam majlis itu, beliau meminta pelajar menumpukan perhatian
terhadap pelajaran dan berusaha menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi
disediakan oleh kerajaan.
"Mereka juga boleh menceburi bidang lain yang lebih mencabar selepas menamatkan pengajian nanti," katanya.
Pengerusi
maahad itu, Mazlan Osman mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak
yang sanggup menghulurkan bantuan selepas kejadian kebakaran itu.
"Sehingga
ini kita berjaya mengumpul lebih RM300,000 dan pembinaan bangunan
asrama baharu perlu dilakukan untuk memastikan pelajar boleh tinggal di
tempat lebih selesa," katanya.
Sumber: Utusan