Abdul
Azeez Abdul Rahim (belakang, tengah) bersama sebahagian daripada
pelajar yang menerima netbook 1Malaysia di Baling, Kedah, baru-baru ini.
BALING
2 Disember - Seramai 1,070 pelajar daripada keluarga miskin di daerah
ini menerima bantuan netbook 1Malaysia yang disampaikan Ahli Parlimen
Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di sini baru-baru ini.
Abdul
Azeez berkata, bantuan itu disalurkan untuk membantu meningkatkan tahap
pendidikan golongan pelajar secara menyeluruh tanpa mengambil kira
perbezaan fahaman politik.
"Kerajaan
adil dalam menyalurkan bantuan termasuk kepada pelajar sekolah
sehinggalah ahli keluarga kerana menjadi dasar kerajaan Barisan Nasional
(BN) sentiasa membantu rakyat sejak dahulu.
"Netbook
ini penting kepada pelajar khususnya di kawasan luar bandar yang
rata-rata terdiri daripada keluarga susah yang layak mendapat kemudahan
itu untuk melaksana tugas mereka sebagai seorang pelajar," katanya dalam
Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Daerah
Baling di sini.
Menurutnya,
menerusi bantuan tersebut, matlamat kerajaan supaya setiap rumah
mempunyai sebuah komputer akan tercapai selain memberi kemudahan kepada
pelajar.
"Kita
juga akan memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan luar bandar
bagi memudahkan pelajar menggunakannya kerana banyak lagi kawasan
kampung yang masih tidak mempunyai kemudahan itu," katanya.
Menurut
Abdul Azeez, kemudahan itu penting bagi membantu pelajar luar bandar
meraih pencapaian akademik setanding dengan pelajar di bandar dan sekali
gus mampu mengubah hidup mereka pada masa depan.
"Saya
akan terus memohon kepada kementerian yang terbabit sekiranya masih
lagi ada pelajar daripada kalangan yang tidak bernasib baik masih
tercicir menerima bantuan Netbook 1Malaysia," katanya.
Sementara
itu, penerima bantuan, Nur Qamarrina Rosli, 17, dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Baling yang pernah mengumpul wang untuk membeli netbook
kini mampu tersenyum apabila impiannya itu sudah menjadi kenyataan.
"Alhamdulillah,
selama ini saya mengidamkan sebuah netbook tetapi tidak mampu membeli
kerana keluarga susah tetapi hari ini impian itu sudah tercapai,"
katanya.
Sumber: Utusan